Monday, July 07, 2014

[ Me ] - SNAP! GAMBAQ TAK CANTIK!!!!

Mood kurang memberangsangkan.. So.. aku saje nak cerita² pasal punca² knp gambar kao amik tak cantik...


PUNCA GAMBAR TAK MEMENUHI KEPUASAN HATI


1. ALASAN
Kita ibarat si genius & merasionalkan mengapa garis ufuk kita bengkok atau gambar kami berada di luar fokus. Bagi kita mengambil gambar nampak seolah-olah begitu mudah. "Semua yang perlu dilakukan adalah tekan jer SHUTTER tu." kannnn?????

Tapiiii...bila gambar tak cantik, seringkali kita beri alasan, camera tak cukup canggih, outdated, lense tak kena.. ternyata semua alasan dan anggapan itu adalah SALAH. Sama sekali tidak benar dalam fotografi. TIDAK ADA perkakasan atau peralatan yang akan menjadikan anda seorang photographer yang baik ( psttt.. sbnrnya kekadang ni alasan aku guna jugak sebenarnya... kihkihkih~ )

Mungkin dengan gali² cari ilmu, banyakkan praktis, buat dgn penuh cekal dan tabah, asah lagi bakat² yg memang ada dalam diri kita untuk mengatasi kelemahan kita dalam penghasilan gambar yang lebih baik. Simple jer, satu set periuk masakan yang mahal gilers ko beli pun takkan mampu menghasilkan masakan yang enak kalo ko tak masak dengan sedap kan?



2. GELABAH
oke.. gua da ikut semua rules & regulation ... teknik² dalam buku semua da ikut... kedudukan lampu, komposisi, lokasi dan lain-lain... sebijik sejibon dalam buku.. tapi apsal masih tak cantik nih... gelabah.. gelabahh... Banyaknye benda nak fikir.... waaa... gelabah lagi...

Please!!! Sila bertenang! Tarik nafas dalam²... Pastikan anda dalam keadaan tenang supaya kita dapat berfikir dengan waras.. Jangan letakkan expectation terlampau tinggi.. Practice will make you perfect.. Berikan tumpuan hanya pada 1 atau 2 perkara sahaja.. Jangan sampai hilang fokus..


3. BERTANGGUH
kadang² suka juga bertangguh.. alasan aku konon² nak cari moment atau keadaan yg sesuai.. pastu, konon² amik gambar ni nak kena ada feel.. SOUL kena ade... so, kadang² kalau kita dicampakkan ke satu lorong untuk amik gambar, ade tak gambar yg cantik utk disnap? Tepuk dahi tanya diri~


4. KEMALASAN
Dah.. kalau malas... buat ape pun sambil lewa.. takyah buang masa... pegi la tido kalo ko nk g tido.. MALAS ni penyakit.. gambar yg terhasil pun sama MALAS la dgn tuannya yang MALAS tu...


5. KELETIHAN / LESU / PENAT
Secara jujurnya.. keletihan boleh menjadi punca kepada hilangnya kretiviti seseorang.. Otak & badan kita tak berfungsi sepertimana yang sepatutnya sekiranya kita penat.. mungkin tak semua la kan.. ade orang kalau mmg kretip, dlm keadaan camne pun dia boleh hasilkan gambar yang baik... panjat gunung mmg penat, tapi mungkin penatnya hilang setelah melihat kejadian Allah SWT yang indah akan membuatkan kekretifan dia semakin terserlah... kan kan kan?


6. KETAKUTAN
Secara psikologinya .. ketakutan akan melumpuhkan hasil kerja kita.. kalau kita compare gambar pelancong yang malu² dengan pelancong yang ceria dan sporting, insyaAllah gambar pelancong yang ceria tu akan menyerlah.. Tak perlu bimbang gambar kita akan dikritik sebab dgn kritikan kita akan jadi lebih baik daripada sebelumnya. Beranikan diri untuk mencuba pelbagai teknik.



Semoga berjaya menghasilkan gambar² yang cantik yer...


p/s : sebenarnya pesanan ni untuk aku yang da lama tidak terlibat dengan snap snap nih...



No comments: